MILLEA MINI KURUNG

Gaya Lembut & Mewah untuk Wanita Elegan
Mini Kurung Millea – Bila Polos & Mewah Bertemu
Tak perlu sarat untuk kelihatan anggun. Kurung Millea hadir dengan potongan A yang terletak cantik, direka untuk menyerlahkan kesederhanaan bergaya. Sulaman emas di bahagian bawah baju menambah sentuhan mewah yang halus – cukup untuk menarik perhatian, tanpa berlebihan.

✨ Gaya polos yang tak membosankan
✨ Sulaman emas eksklusif sebagai highlight
✨ Selesa, feminin dan mudah digayakan
Wanita yang berkelas tahu, keanggunan itu terletak pada perincian.
Mini Kurung Millea menggunakan material jacquard yang terasa seperti sutera di kulit, dengan tekstur yang memukau dan efek kilauan halus yang memberi aura eksklusif.
Lembut & Sejuk – rasa seperti anda dibalut dalam keselesaan premium setiap kali mengenakannya.
Nampak Mewah – tekstur jacquard yang memberi kesan elegan dan kelas yang tak dapat ditandingi.
Bergaya & Praktikal – rekaannya yang sempurna tidak hanya cantik, tapi selesa sepanjang hari.
Lengan Biasa Tanpa Zip – Keselesaan Maksimum, Tanpa Kerisauan
Dengan potongan lengan biasa tanpa zip, Mini Kurung Millea bukan sahaja memberi kemudahan ketika mengambil wuduk, tetapi juga menghapuskan risiko zip yang rosak. Rekaannya mengikuti bentuk tangan dengan sempurna, memberikan keselesaan tanpa rasa ketat atau rimas – ideal untuk pergerakan bebas dan mudah.
Pilihan Bijak untuk Wanita yang Sukakan Gaya Simple Tapi Tetap Elegan
Kurung Millea direka khas buat anda yang menghargai kesederhanaan, tapi tetap mahu tampil bergaya. Rekaannya polos tapi eksklusif, dengan potongan kemas dan material mewah yang memberi keselesaan maksimum. Tak perlu corak sarat untuk kelihatan anggun.