PEMULANGAN & PENGEMBALIAN :
Terima kasih kerana membeli dengan Aisys Mom HQ!
Sebarang pertukaran saiz/corak/paten atau warna pada item belian tidak dibenarkan selepas pembelian dilakukan atau selepas penerimaan item.
Pihak syarikat akan menanggung sepenuhnya kos penghantaran (postage) sekiranya berlaku kesilapan daripada pihak kami dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan barang yang melibatkan:
i. Kuantiti barang yang dihantar tidak mencukupi, maka pihak syarikat akan menghantar item yang kurang tersebut kepada pihak anda. Sebaliknya, jika berlakunya lebihan barangan yang dihantar, anda perlu memulangkan semula item tersebut kepada pihak syarikat.
ii. Item yang dihantar berbeza dengan pesanan anda, maka item tersebut perlu dipulangkan kembali kepada pihak syarikat dan ianya akan digantikan dengan item yang betul mengikut order.
iii. Pemulangan item kepada syarikat yang melebihi dari tempoh 7 hari penerimaan bungkusan dari pihak syarikat, tidak akan diterima dan ia merupakan tanggungjawab pihak penerima.
iv. Jika, barang yang dipesan mengalami masalah teknikal seperti ralat stok atau kerosakan yang mengakibatkan stok tidak mencukupi, pelanggan boleh membuat penukaran item lain atau boleh membuat pemulangan semula tunai dalam bentuk tunai/’Credit Topup’.
Pihak syarikat sentiasa mengambil maklum tentang sebarang permasalahan yang dihadapi oleh pelanggan. Sebarang masalah berkenaan tentang produk hendaklah menerusi sistem Ticketing Aisysmom (dropship) atau pelanggan boleh emailkan aduan ke [email protected], iaitu dilengkapi dengan format seperti di bawah:
SUBJECT: (Permasalahan)
MESSAGES: (Perlu mengandungi maklumat seperti dibawah)
• Nama :
• No Order:
• Masalah: (Contoh: Salah baju/saiz, defect, penukaran alamat & lain lain)
• Item dibeli:
ATTACHMENT: (Sebarang gambar bukti kerosakan/kekurangan/kesalahan produk/order)
b) Format aduan hendaklah disertakan dengan bukti, resit pembelian dan gambar consignment kurier yang dipilih sebagai rujukan pihak syarikat melakukan proses semakan. Format yang tidak lengkap seperti yang dikehendaki oleh pihak syarikat tidak akan dilayan.
c) Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk produk yang rosak disebabkan kecuaian pihak kurier dan bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.
d) Pihak syarikat sedaya upaya untuk mempamerkan atau mengiklankan ketepatan kontra warna, paten dan corak pada produk di website atau iklan syarikat yang berkemungkinan sedikit berbeza dengan pandangan mata kasar atas faktor resolusi skrin dan pencahayaan.
Jika terdapat sebarang soalan boleh terus membuat aduan ke email kami di [email protected].