AURORA SET

Aurora set adalah design konsep dolly loose & comfy. Potongan loose ini memberi jaminan selamat dari terlihat kekurangan bentuk badan seseorang. Sesuai dipakai dalam kebanyakan majlis atau ke tempat kerja. Menggunakan material "High Quality Moss Crepe" yang bersifat ironless, memeri dan sejuk, membuatkan si pemakai rasa lebih selesa sepanjang hari. Selain dipakai sepasang, top juga boleh dipadankan dengan seluar untuk dijadikan blouse. 

WEB PERSIAN GREEN MOM 1

Menggunakan fabrik "High Quality Moss Crepe", fabrik ini bersifat memeri, sejuk dan jatuh beralun serta tidak perlu digosok sekiranya disimpan dalam keadaan bergantung di "hanger". Warna pada fabrik ini juga dijamin tidak luntur walau dibasuh berkali-kali.

WEB PERSIAN GREEN MOM 3

Poket sisi di sebelah kanan baju.

WEB PERSIAN GREEN MOM 4

Design kain duyung loose,  potongan kain paling selesa untuk melangkah ataupun duduk bersila kerana fabrik "High Quality Moss Crepe" ini bersifat memeri.

WEB PERSIAN GREEN MOM 2

Bonus 'akses selak', potongan U berlapik di dada direka khas bagi memudahkan ibu untuk menyusukan bayi tanpa menggunakan 'nursing cover'. Bayi selesa dan aurat ibu terjaga. Namun ianya tetap praktikal buat mereka yang tidak menyusu juga kerana potongan U tidak luas dan tidak mudah terselak. Langsung tidak menganggu keselesaan buat si pemakai.

WEB PERSIAN GREEN MOM 5


Cara pemilihan saiz yang tepat adalah dengan mengukur ukur lilit dada sambil berdiri tanpa melonggarkan pita ukuran. Rujuk carta ukuran dan padankan dengan ukuran yang anda dapat semasa mengukur sebentar tadi.

Sebagai contoh, sekiranya bacaan yang diperolehi adalah 40inch, rujuk carta ukuran di bahagian dada, 40 inch adalah pada size M. Oleh itu saiz yang perlu diambil adalah saiz M.

MS